INSTRUMEN LINDUNG NILAI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: ANALISIS PELAKSANAANNYA DALAM SEKTOR KEWANGAN DI MALAYSIA
Abstract
Konsep lindung nilai yang difahami dalam sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengurus risiko. Para sarjana Islam bersetuju bahawa hukum lindung nilai adalah harus di sisi syarak kerana mendatangkan maslahah dan memenuhi prinsip objektif syariat. Sungguhpun begitu, konsep yang menjurus kepada penjagaan harta ini diterima oleh para sarjana syariat sesuai dengan prinsip umum dalam Islam yang meraikan kemaslahatan ummat. Walau bagaimanapun, pengaplikasian konsep lindung nilai dalam sistem kewangan Islam perlu berbeza daripada sistem kewangan konvensional agar ia tidak bertentangan dengan panduan yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menolak kemudaratan. Justeru itu, penulisan ini bertujuan menilai kedudukan sebenar konsep lindung nilai menurut syarak dan kemudian mencadangkan parameter lindung nilai yang selaras dengan prinsip syariat. Hasil kajian mendapati Islam mengiktiraf konsep lindung nilai sebagai salah satu kaedah pengurusan risiko, namun penerimaannya adalah terikat dengan syarat pematuhan kepada panduan yang telah ditetapkan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan input yang berguna khususnya kepada industri kewangan Islam dalam usaha mewujudkan lebih banyak instrumen lindung nilai patuh syariat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ahmad Dahlan Salleh, & Mohd Tajudin Jamaludin. (2024). INSTRUMEN LINDUNG NILAI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: ANALISIS PELAKSANAANNYA DALAM SEKTOR KEWANGAN DI MALAYSIA. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4082
Issue
Section
Articles