PERBANDINGAN KOS PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR KAMPUS SERI ISKANDAR, UiTM PERAK

Authors

  • Fathiah Fathil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, 32610
  • Nurul Khairiah Khalid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, 32610
  • Ahmad Rozaini Ali Hassan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, 32610
  • Atiratun Nabilah Jamil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, 32610
  • Mohd Farhan Abd. Rahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, 32610
  • ‘Adnin Ibrahim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Seri Iskandar, 32610

Abstract

Pencapaian akademik yang cemerlang adalah sasaran usaha pembelajaran pelajar di setiap peringkat pengajian. Malangnya, berhadapan dengan masalah kewangan semasa sesi pengajian kerapkali menjadi antara penyebab berlakunya keciciran akademik di kalangan pelajar pada masa kini. Menyedari perkara ini, pihak UiTM Perak khususnya telah menawarkan bantuan zakat sebagai satu solusi kewangan kepada pelajar yang terpilih bagi meringankan beban kewangan tersebut melalui kewujudan Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf. Namun, kaedah pengagihan sedia ada yang dilakukan secara kos purata pengajian bagi para pelajar asnaf, secara relatifnya sering agak tersasar dari objektif agihan bantuan yang saksama memandangkan latar belakang para pelajar asnaf adalah dari pengajian yang pelbagai serta menanggung kos pembelajaran yang berbeza. Justeru untuk menjayakan suatu kaedah alternatif agihan bantuan zakat yang adil serta mencapai matlamatnya, kajian ini dijalankan dengan objektif; mengenalpasti keperluan kewangan pengajian pelajar UiTM Cawangan Perak mengikut jabatan dan semester pengajian, menjelaskan perbezaan kos keperluan pembelajaran antara fakulti serta selanjutnya menilai semula kaedah agihan zakat yang lebih relevan mengikut keadaan semasa. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada para pelajar Fakulti Seni Bina dan Perancangan Ukur Bahan (FSPU), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Fakulti Perakaunan (FP), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Gunaan (FSG). Dapatan menunjukkan bahawa keperluan kos pembelajaran bagi pelajar FSSR adalah lebih besar berbanding fakulti yang lain. Harapannya, dapatan ini akan menyemarakkan kecemerlangan akademik di kalangan pelajar asnaf melalui kaedah pengagihan bantuan zakat yang lebih telus dan efektif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fathiah Fathil, Nurul Khairiah Khalid, Ahmad Rozaini Ali Hassan, Atiratun Nabilah Jamil, Mohd Farhan Abd. Rahman, & ‘Adnin Ibrahim. (2024). PERBANDINGAN KOS PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR KAMPUS SERI ISKANDAR, UiTM PERAK. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4085