ANALISIS KEMAMPANAN EKONOMI MENERUSI PENGHASILAN PRODUK ETANOL DALAM PASARAN KETIKA KRISIS PANDEMIK COVID-19
Abstract
Etanol adalah bahan asas dan keperluan penting untuk memproses produk bagi syarikat industri makanan dan minuman, ubat-ubatan dan bahan gunaan (pewangi, kosmetik, pencetakan dan lain-lain). Ini adalah kerana etanol berfungsi sebagai pelarut sejagat, pembawa bahan perisa dan pewarna, penstabil minuman ringan, pengawet dalam makanan, pembasmi kuman, pelarut dakwat cetakan, kosmetik, pewangi dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 melanda Malaysia antara tahun 2020-2021 dibendung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Impaknya majoriti syarikat industri-industri tersebut tidak dapat beroperasi seperti sedia kala menyebabkan permintaan terhadap produk etanol menurun sehingga etanol tidak dapat dibekalkan oleh syarikat tersebut. Syarikat penghasil etanol juga antara syarikat kilang pembuatan etanol di Malaysia yang turut terkesan dengan krisis pandemik yang berlaku. Walaupun begitu, kemampanan ekonomi syarikat ini masih diteruskan dengan permintaan yang tinggi terhadap etanol bagi memenuhi keperluan industri perubatan, farmaseutikal dan penjagaan diri (hand sanitizer) sepanjang PKP. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan proses penghasilan produk etanol di sebuah syarikat penghasilan etanol di utara Malaysia dan mengenalpasti faktor syarikat mampu konsisten dan kekal beroperasi hingga kini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah observasi, temu bual dan analisis kandungan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat bagi mendapatkan natijah yang bertepatan dengan objektif yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati penghasilan produk etanol di Syarikat tersebut melalui proses fermentasi atau penapaian secara organik. Justifikasinya, sumber bahan mentah digunakan adalah mollasses (gula tebu), kualiti tinggi ketulenan etanol, hasil etanol tersebut selamat dan baik untuk kegunaan dalam industri makanan, minuman, ubat-ubatan dan bahan gunaan. Selain itu, syarikat ini mampu bertahan dalam suasana yang mencabar seperti krisis ekonomi dan pandemik COVID-19 dan lain-lain. Hasil kajian ini mampu memberi pencerahan yang tepat mengenai proses penghasilan etanol dan faktor syarikat ini mampu mengekalkan kemampanan ekonomi walaupun dalam keadaan krisis COVID-19.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nor Musfirah Mohamad, Basri Ibrahim, Fathullah Asni, & Noorkartina Mohamad. (2024). ANALISIS KEMAMPANAN EKONOMI MENERUSI PENGHASILAN PRODUK ETANOL DALAM PASARAN KETIKA KRISIS PANDEMIK COVID-19. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4093
Issue
Section
Articles