PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN ILMU PENGGUNAAN TEKNOLOGI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 BAGI USAHAWAN EKS DI FELDA KOTA TINGGI

Authors

  • Mohd Huzairy Mohd Buang Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norasmah Othman Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Perkembangan di negara-negara besar dalam ekonomi dunia telah mencetuskan pelbagai jenis teknologi baru. Perubahan ini secara tak langsung akan memberi impak kepada pengendalian perniagaan. Oleh sebab itu, para usahawan perlu bersedia dengan perubahan. Ini kerana memiliki pengetahuan dan kesediaan boleh membantu usahawan EKS mendapat faedah dan kelebihan dari teknologi IR 4.0. Dengan demikian, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan teknologi IR 4.0 dalam kalangan usahawan khususnya usahawan EKS di Felda Kota Tinggi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 118 orang usahawan EKS telah dilibatkan dalam kajian ini. Kesemua data yang diperoleh dari soal selidik telah dianalisis menggunakan aplikasi SPSS 27. Hasil dari analisis mendapati pengetahuan dan kesediaan usahawan EKS Felda berada pada tahap tinggi. Ini bermakna, usahawan EKS mempunyai daya pengetahuan dan kesediaan yang baik berkaitan dengan teknologi terkini. Kesan dari kajian ini diharap dapat digunakan untuk membantu usahawan EKS Felda dan luar bandar bagi mempraktikkan ilmu teknologi Revolusi Industri 4.0 bagi meningkatkan pendapatan selain menggandakan prestasi perniagaan mereka. Kajian ini memberi implikasi kepada agensi-agensi terkait misalnya pihak kerajaan dan agensi swasta untuk terus membangunkan serta pengukuhan terhadap golongan usahawan EKS khususnya di Rancangan Felda , kampung-kampung dan luar bandar agar terus konsisten mempelajari ilmu teknologi terkini agar bersedia melaksanakan dan menghadapi revolusi industri 4.0 bagi memberi Impak Pengetahuan, kesdiaan serta peluang lebih baik bagi bidang keusahawanan yang dilaksanakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Huzairy Mohd Buang, & Norasmah Othman. (2024). PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN ILMU PENGGUNAAN TEKNOLOGI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 BAGI USAHAWAN EKS DI FELDA KOTA TINGGI . ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4098