PENGARUH SOKONGAN PENDIDIKAN DALAM MENINGKATKAN MINAT KEUSAHAWANAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh sokongan pendidikan yang terdiri daripada aktiviti di dalam bilik darjah dan aktiviti di luar bilik darjah terhadap minat keusahawanan murid sekolah menengah. Malaysia bermatlamat untuk melahirkan murid yang berminda keusahawanan, berdaya saing, berpengetahuan tinggi dan produktif melalui pendidikan. Namun, bilangan calon yang mengambil subjek Perniagaan masih rendah. Oleh itu, sokongan pendidikan sangat penting dalam mempengaruhi minat keusahawanan murid. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dalam talian dan data kajian telah dianalisis menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 25.0. Sampel kajian pula terdiri daripada 331 murid sekolah menengah di Kinta Utara, Perak yang dipilih secara rawak. Analisis deskriptif dan analisis inferensi iaitu analisis regresi linear berganda digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap aktiviti di dalam bilik darjah dan aktiviti di luar bilik darjah berada pada tahap tinggi. Manakala, tahap minat keusahawanan murid sekolah menengah berada pada tahap sederhana tinggi. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan R kuasa dua ialah 0.415 dan signifikan pada aras P<0.05. Ini bermaksud sokongan pendidikan yang terdiri daripada konstruk aktiviti di dalam bilik darjah dan aktiviti di luar bilik darjah mempengaruhi minat keusahawanan murid secara positif. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan kedua-dua konstruk sokongan pendidikan menyumbang secara signifikan terhadap minat keusahawanan. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak bertanggungjawab untuk memperkasakan lagi aktiviti berkaitan keusahawanan di peringkat sekolah menengah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Shalini Devi a/p Gunasaigaran, & Sheerad Sahid. (2024). PENGARUH SOKONGAN PENDIDIKAN DALAM MENINGKATKAN MINAT KEUSAHAWANAN MURID SEKOLAH MENENGAH. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4099
Issue
Section
Articles