CABARAN USAHAWAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN TEKNOLOGI DIGITAL
Abstract
Kemajuan teknologi digital telah menjadi landasan penting dalam memajukan perniagaan terutama bagi usahawan kecil dan sederhana (PKS). Walau bagaimanapun, usahawan sering menghadapi cabaran yang signifikan dalam mengadaptasi dan menguasai kemahiran teknologi digital. Kertas kerja ini akan menyelidik cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan dalam menguasai kemahiran teknologi digital terutama dalam konteks luar bandar. Isu-isu seperti rendahnya pengaplikasian teknologi di luar bandar, kekurangan pengetahuan dalam pemasaran digital serta kesederhanaan dalam penggunaan teknologi digital dalam penjenamaan dan pentadbiran akan diberikan penekanan yang khusus. Selain itu, halangan infrastruktur, peraturan dan penyeliaan yang ketat, akses terhadap pembiayaan, dan kekurangan kemahiran digital dalam tenaga kerja juga dibincangkan. Kertas kerja ini turut meneliti kemerosotan infrastruktur, kelemahan dalam sistem komunikasi dan kurangnya kemajuan dalam sektor ICT. Prasarana dan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar juga turut dibentangkan dengan menyentuh aspek kestabilan dan kecekapan. Dari segi faktor kewangan, kos yang tinggi terutamanya dalam kos perbelanjaan bagi menaik taraf sistem maklumat menjadi satu cabaran yang besar. Manakala dari aspek sosial, kesediaan masyarakat menerima teknologi serta tahap kemahiran pengetahuan ICT yang rendah di kalangan usahawan menjadi tumpuan. Pada akhirnya, kertas kerja ini menggariskan keperluan untuk strategi pembangunan yang holistik dan bersepadu dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan teknologi digital di kalangan usahawan khususnya di kawasan luar bandar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Siti Rahayu Tisin, & Norasmah Othman. (2024). CABARAN USAHAWAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN TEKNOLOGI DIGITAL. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4107
Issue
Section
Articles