PIAWAIAN PERAKAUNAN KHUSUS UNTUK INSTITUSI WAKAF:IMPLIKASI DARIPADA KETIADAAN SPESIFIK PERAKAUNAN WAKAF UNTUK MENJADI AMALAN DI MALAYSIA

Authors

  • Nurul Khofifah Abdullah Faculty of Muamalat and Islamic Finance, Kolej Universiti Islam Perlis, Malaysia

Abstract

Tujuan piawaian perakaunan adalah untuk mengawal proses perakaunan dan pelaporan untuk entiti. Oleh itu, ketiadaan piawaian perakaunan yang khusus untuk mentadbir perakaunan entity berpotensi menimbulkan masalah dan isu-isu berbangkit. Penyelidikan ini bertujuan memahami bagaimana ketiadaan piawaian perakaunan tertentu mempengaruhi amalan perakaunan entiti. Antara implikasi kepada ketiadaan piawaian perakaunan khusus termasuklah ketidakjelasan dalam pengurusan dana wakaf, ketidakpastian dalam penilaian prestasi, ketidakmampuan memenuhi syarat-syarat perundangan, ketidakupayaan menarik pelabur kehilangan kepercayaan masyarakat dan keperluan pemantauan dan pengawasan yang lebih ketat. Metodologi kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bagaimana badan wakaf cuba mematuhi piawaian perakaunan semasa sedia ada yang bersesuaian, namun tidak mengkhususkan kepada institusi wakaf, dan betapa pentingnya mempunyai piawaian perakaunan khusus untuk institusi wakaf. Hasil perbincangan ini menjelaskan kesan ketiadaan amalan perakaunan yang khusus untuk institusi wakaf dan keperluan kepada kewujudan standard perakaunan khusus.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nurul Khofifah Abdullah. (2024). PIAWAIAN PERAKAUNAN KHUSUS UNTUK INSTITUSI WAKAF:IMPLIKASI DARIPADA KETIADAAN SPESIFIK PERAKAUNAN WAKAF UNTUK MENJADI AMALAN DI MALAYSIA. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4109