CABARAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN BAGI MENCAPAI KESEJAHTERAAN HIDUP IBU TUNGGAL DI TERENGGGANU
CHALLENGES AND FINANCIAL PLANNING TO ACHIEVE WELL-BEING LIVES OF SINGLE MOTHERS IN TERENGGANU
DOI:
https://doi.org/10.35631/AIJBES.723014Keywords:
Cabaran ( Challenges), Ibu Tunggal (Single Mothers), Kesejahteraan (Wellbeing), Perancangan Kewangan (Financial Planning), TerengganuAbstract
Artikel ini bertujuan menganalisis cabaran hidup yang dialami ibu tunggal serta perancangan kewangan bagi mencapai kesejahteraan hidup ibu tunggal di Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Lokasi kajian melibatkan lapan daerah di negeri Terengganu. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 612 orang ibu tunggal iaitu seramai 468 orang bercerai hidup dan seramai 144 orang bercerai mati. Proses pengumpulan data diperoleh melalui tiga kaedah iaitu melalui tinjauan, atas talian (google form) dan panggilan telefon. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif korelasi yang melibatkan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan skor. Hasil kajian menunjukkan seramai 515 orang dengan nilai peratusan sebanyak 84.1% menghadapi cabaran tidak mampu memiliki kenderaan ke tempat kerja, tidak mampu mengisi petrol (bagi yang memiliki kenderaan), dan tidak mampu membayar upah pengasuh anak yang masih kecil. Punca utama terjadinya cabaran kewangan adalah tiada gaji atau sumber pendapatan dengan jumlah seramai 505 orang dengan nilai peratusan 82.5%. Hasil kajian juga mendapati seramai 469 orang ibu tunggal (76.6%) telah membuat keputusan menetapkan matlamat kewangan yang lebih spesifik untuk kesejahteraan pada masa hadapan. Kesimpulannya, kehidupan sebagai ibu tunggal didapati sangat mencabar. Oleh itu ibu tunggal harus segera bertindak untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Implikasi kajian ini dapat menunjukkan daripada aspek perlaksanaan program-program latihan dan bantuan daripada agensi-agensi terlibat yang menjurus kepada minat dan peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan ibu tunggal.
This article aims to analyze the life challenges experienced by single mothers as well as financial planning to achieve the well-being of single mothers in Terengganu. This study uses a quantitative approach. The study location involves eight districts in the state of Terengganu. The number of respondents involved in this study is a total of 612 single mothers, which is a total of 468 divorced people alive and a total of 144 divorced people dead. The data collection process is obtained through three methods, namely through surveys, online (google form) and phone calls. This study uses descriptive correlation analysis involving frequency, percentage, mean, standard deviation and score. The results of the study show that a total of 515 people with a percentage value of 84.1% face the challenge of not being able to own a vehicle to work, not being able to fill up with petrol (for those who own a vehicle), and not being able to pay the wages of babysitters who are still small. The main cause of financial challenges is no salary or source of income with a total of 505 people with a percentage value of 82.5%. The results of the study also found that a total of 469 single mothers (76.6%) have decided to set more specific financial goals for future well-being. In conclusion, life as a single mother is found to be very challenging. Therefore, single mothers should immediately act to improve the well-being of life. The implications of this study can be shown from the aspect of the implementation of training programs and assistance from the agencies involved that lead to interest and opportunities to generate income among single mothers.