PERSEPSI DAN TAHAP PENGGUNAAN AI OLEH USAHAWAN-USAHAWAN DALAM TALIAN (ONLINE) DI PERLIS
PERCEPTION AND LEVEL OF AI USE BY ONLINE ENTREPRENEURS IN PERLIS
DOI:
https://doi.org/10.35631/AIJBES.724017Keywords:
Kecerdasan Buatan (AI) (Artificial Intelligence (AI), Keusahawanan Digital (Digital Entrepreneurship), Usahawan Dalam Talian (Online Entrepreneur), PerlisAbstract
Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin mempengaruhi landskap keusahawanan, termasuk dalam perniagaan dalam talian. Penggunaan AI merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan perniagaan, pembungkusan, pemasaran, jualan dan khidmat lepas jualan. Selain itu, aplikasi AI berpotensi besar dalam penghasilan kandungan teks, imej, audio, video, dan komunikasi melalui chatbot. Kajian ini bertujuan meneliti persepsi dan tahap penggunaan AI dalam kalangan usahawan dalam talian (Online) di Perlis. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif serta data dikumpul melalui soal selidik bagi menilai tahap kesedaran, penerimaan, dan cabaran yang dihadapi dalam mengadaptasi teknologi AI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan AI masih rendah disebabkan oleh kekurangan pendedahan terhadap teknologi ini, kos yang tinggi, dan keterbatasan kemahiran teknikal. Oleh itu, kajian ini mencadangkan strategi yang bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan AI dalam kalangan usahawan digital bagi memperkasakan ekosistem keusahawanan di Perlis.
The advancement of artificial intelligence (AI) technology is increasingly influencing the entrepreneurial landscape, including in online businesses. The use of AI encompasses various aspects such as business development, packaging, marketing, sales and after-sales service. In addition, AI applications have great potential in the production of text, image, audio, video and communication content via chatbots. This study aims to examine the perception and level of use of AI among online entrepreneurs in Perlis. The study was conducted using quantitative and qualitative approaches and data was collected through questionnaires to assess the level of awareness, acceptance, and challenges faced in adopting AI technology. The study findings show that the level of use of AI is still low due to lack of exposure to this technology, high costs, and limited technical skills. Therefore, this study proposes appropriate strategies to increase the use of AI among digital entrepreneurs to strengthen the entrepreneurial ecosystem in Perlis.