CABARAN E-DAGANG DALAM KALANGAN USAHAWAN LUAR BANDAR DI NEGERI PERLIS
E-COMMERCE CHALLENGES AMONG RURAL ENTREPRENEURS IN THE STATE OF PERLIS
DOI:
https://doi.org/10.35631/AIJBES.725004Keywords:
E-Dagang (E-Commerce), Cabaran (Challenges), Usahawan (Entrepreneurs), Luar Bandar (Rural Areas)Abstract
Perkembangan teknologi telah menghasilkan perdagangan elektronik atau E-dagang yang sangat popular pada masa kini. Apabila seluruh dunia dilanda COVID 19, e-dagang menjadi medium perantara yang sangat efisien menghubungkan antara penjual dan pengguna. Perniagaan ini tidak memerlukan transaksi secara bersemuka tetapi hanya menggunakan elemen teknologi sahaja. Kebanyakan usahawan masa kini lebih memfokuskan kepada e-dagang dalam perniagaan mereka kerana ia mempunyai potensi yang amat besar dalam membantu usahawan mendapat pendapatan yang tinggi. Pasaran sesuatu produk juga bukan sahaja tempatan tetapi juga hingga ke pasaran antarabangsa. Maka e-dagang menjadi pilihan usahawan masa kini terutama usahawan luar bandar dalam memasarkan produk barangan mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan usahawan luar bandar akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan kerana berhadapan dengan pelbagai halangan dan masalah. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti cabaran dan halangan yang dihadapi oleh usahawan luar bandar di Perlis semasa melaksanakan perniagaan dengan menggunakan e-dagang. Hasil daripada kajian mendapati cabaran utama ialah akses internet di kawasan luar bandar yang tidak memuaskan, perang harga dan risiko serangan siber yang menyukarkan usahawan luar bandar di Perlis menjalankan perniagaan mereka dengan lebih sempurna.
The advancement of technology has given rise to electronic commerce (e-commerce), which has become increasingly popular in recent times. During the COVID-19 pandemic, e-commerce emerged as a highly efficient intermediary medium connecting sellers and consumers. This business model does not require face-to-face transactions, relying solely on technological elements. Today, many entrepreneurs are focusing on e-commerce due to its significant potential in generating higher income. Moreover, product markets are no longer limited to local areas but have expanded internationally. As a result, e-commerce has become the preferred platform for many entrepreneurs, especially those in rural areas, to market their products. However, many rural entrepreneurs ultimately decide not to continue their business ventures due to various challenges and obstacles. Therefore, this study aims to identify the challenges faced by rural entrepreneurs in Perlis when engaging in e-commerce activities. The findings reveal that the main challenges include poor internet access in rural areas, intense price competition, and the risk of cyberattacks, all of which hinder rural entrepreneurs in Perlis from running their businesses effectively.