TAHAP KEPUASAN PELANGGAN DALAM URUSAN JUAL BELI SECARA DALAM TALIAN MELALUI PLATFORM E-DAGANG
Keywords:
Tahap Kepuasan Pelanggan, Pembelian Dalam Talian Dan Platform E-DagangAbstract
Kepuasan pelanggan dalam urusan jual beli secara dalam talian merujuk kepada kepuasan pembeli melalui pengalaman mereka dalam melakukan transaksi melalui platform e-dagang. E-dagang merupakan singkatan daripada "elektronik dagang," yang merujuk pada proses perdagangan atau transaksi komersial yang dilakukan secara elektronik melalui internet atau jaringan komputer. Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepuasan pelanggan dalam pembelian secara dalam talian melalui platform e-dagang. Kaedah kualitatif dimanfaatkan dalam menganalisis data untuk mengenal pasti platform e-dagang dan tahap yang mempengaruhi kepuasan pelanggan dalam konteks pembelian secara dalam talian. Permasalahan utama yang dikenal pasti dalam urusan jual beli secara Dalam Talian (E-Dagang) ialah timbulnya keraguan bagi pihak penjual dan pembeli kerana tidak memenuhi rukun jual beli yang sempurna. Urusan jual beli dalam platform e-dagang juga sering kali menimbulkan kekhuatiran atau keraguan kepada pengguna kerana tidak semua transaksi memenuhi piawai atau rukun jual beli yang sempurna menurut ajaran agama atau hukum tertentu. Kajian ini mendapati bahawa tahap kepuasan pelanggan menunjukkan peratusan sebanyak 67.7% sangat bersetuju dan berpuas hati dengan transaksi pembelian melalui platform e-dagang. Ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan dalam talian adalah baik. Pemahaman yang baik serta pengharapan pelanggan juga dapat dipupuk melalui pengalaman mereka semasa berurusan jual beli dengan menggunakan platform e-dagang. Implikasi praktikal bagi kepuasan pelanggan dalam perniagaan secara dalam talian turut dibincangkan. Oleh itu, pembeli secara maya boleh memanfaatkan hasil kajian ini sebagai panduan dalam urusan pembelian secara dalam talian melalui platform e-dagang.