REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODUL REALITI MAYA BUKAN IMERSIF UNTUK PENDIDIKAN TENAGA BOLEH BAHARU: APLIKASI KAEDAH FUZZY DELPHI
DESIGN AND DEVELOPMENT OF A NON-IMMERSIVE VIRTUAL REALITY MODULE FOR RENEWABLE ENERGY EDUCATION: APPLICATION OF THE FUZZY DELPHI METHOD
DOI:
https://doi.org/10.35631/AIJBES.726014Keywords:
Realiti Maya Bukan Imersif (Non-Immersive Virtual Reality), Pendidikan Tenaga Boleh Baharu ( Renewable Energy Education), Kaedah Fuzzy Delphi (Fuzzy Delphi Method), Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research), Pembelajaran Digital (Digital Learning)Abstract
Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan modul Realiti Maya Bukan Imersif (RMBI) bagi topik Pendidikan Tenaga Boleh Baharu (PTBB) dengan menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (KFD) bagi mendapatkan kesepakatan pakar terhadap elemen-elemen penting dalam reka bentuk modul. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) yang menumpukan kepada fasa reka bentuk dan pembangunan. Seramai 15 orang pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti, pakar pendidikan sains, serta pakar teknologi pendidikan terlibat sebagai responden dalam proses penilaian. Instrumen kajian merangkumi enam konstruk utama iaitu objektif modul, topik pembelajaran, kandungan pembelajaran, jenis multimedia, elemen dan reka bentuk permainan, dan komponen tambahan. Analisis data dijalankan menggunakan nombor fuzzy segi tiga bagi menentukan nilai ambang (threshold value) dan tahap konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa item yang mencapai nilai threshold (d ≤ 0.2) dengan tahap persetujuan melebihi 75%, menandakan konsensus yang tinggi dalam kalangan pakar. Hasil konsensus ini digunakan sebagai asas dalam pembangunan modul RenewEd3D, iaitu sebuah modul RMBI interaktif berasaskan 3D yang menggabungkan elemen visualisasi maya, narasi dwibahasa, dan aktiviti pembelajaran gamifikasi. Kajian ini membuktikan bahawa kaedah KFD mampu berfungsi sebagai alat penilaian yang sistematik dan efektif dalam penentuan kesesuaian elemen reka bentuk modul pendidikan digital. Secara keseluruhannya, pembangunan modul RMBI ini berpotensi meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap konsep tenaga lestari serta menyokong pelaksanaan pembelajaran sains berasaskan teknologi ke arah pendidikan yang mampan.
This study aims to design and develop a Non-Immersive Virtual Reality (NIVR) module for Renewable Energy Education (REE) using the Fuzzy Delphi Method (FDM) to achieve expert consensus on the essential elements of the module design. The study employed the Design and Development Research (DDR) approach, focusing on the design and development phase. A total of 15 experts, consisting of university lecturers, science education specialists, and educational technology officers, participated as respondents in the expert evaluation process. The research instrument covered six main constructs: module objectives, learning topics, learning content, multimedia type, game elements and designs, and additional components. Data were analyzed using triangular fuzzy numbers to determine the threshold value and level of expert consensus. Findings revealed that all items achieved a threshold value (d ≤ 0.2) with an agreement level exceeding 75%, indicating strong expert consensus. The results served as the foundation for the development of RenewEd3D, an interactive 3D NIVR module that integrates virtual visualization, bilingual narration, and gamified learning activities. The study demonstrates that the FDM is a systematic and effective tool for validating and prioritizing module design elements in digital educational product development. Overall, the NIVR module developed through this study has strong potential to enhance students’ understanding and awareness of sustainable energy concepts while supporting technology-based science learning towards sustainable education.
