KEPERCAYAAN TERHADAP E-WALLET DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA
TRUST IN E-WALLETS AMONG STUDENTS OF HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.35631/AIJBES.726031Keywords:
E-Wallet, Kepercayaan (Trust), Penerimaan (Acceptance), Kebolehgunaan (Usability), Kemudahan Penggunaan (Ease of Use), Niat Mengguna (Intention to Use)Abstract
Perbincangan dalam penulisan ini akan memberikan tumpuan khusus kepada hubungan antara kebolehgunaan, kemudahan penggunaan dengan kepercayaan terhadap sistem e-wallet dan niat untuk menggunakan e-wallet sebagai kaedah pembayaran utama berdasarkan kerangka Model Penerimaan Teknologi (TAM). Walaupun penggunaan e-wallet telah meningkat dengan ketara sejajar dengan pertumbuhan ekonomi digital dan pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai, tahap penerimaan masih berbeza dalam kalangan belia. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif, di mana soal selidik Google Form telah diedarkan kepada responden melalui platform media sosial. Saiz sampel terdiri daripada 304 orang pelajar dari pelbagai universiti awam dan swasta di Malaysia. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian SPSS, melibatkan statistik deskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara kebolehgunaan, kemudahan penggunaan dan kepercayaan dengan niat untuk menggunakan e-wallet sebagai kaedah pembayaran utama. Kesimpulannya, kajian ini menonjolkan potensi positif penggunaan e-wallet sebagai kaedah pembayaran utama dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini menawarkan pandangan yang bernilai kepada pembuat dasar, penyedia perkhidmatan e-wallet bagi menambah baik aspek dan merangka strategi bersasar bagi menyokong pembangunan pembayaran digital sepenuhnya di Malaysia.
The discussion in this paper will focus specifically on the relationship between usability, ease of use with trust in e-wallet systems and intention to use e-wallets as a primary payment method based on the Technology Acceptance Model (TAM) framework. Although the use of e-wallets has increased significantly in line with the growth of the digital economy and the implementation of various government initiatives to promote cashless transactions, the level of acceptance still varies among youth. This study is quantitative in nature, where a Google Form questionnaire was distributed to respondents via social media platforms. The sample size consisted of 304 students from various public and private universities in Malaysia. The data collected was analyzed using SPSS software, involving descriptive statistics and correlation analysis. The results of the study showed that there was a strong and significant positive relationship between usability, ease of use and trust with the intention to use e-wallets as a primary payment method. In conclusion, this study highlights the positive potential of using e-wallets as a primary payment method among students in higher education institutions in Malaysia. This study offers valuable insights to policy makers, e-wallet service providers to improve aspects and formulate targeted strategies to support the development of fully digital payments in Malaysia.
