TRANSFORMASI KEYAKINAN DAN PENGHAYATAN DALAM LAKONAN MONODRAMA “LADY SWETTENHAM” DAN “MENUNGGU LAMPU HIJAU”

Authors

  • Ismaliza Ishak Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Keywords:

Transformasi, Keyakinan, Penghayatan, Lakonan Monodrama Lady Sweetenham Dan Menunggu Lampu Hijau

Abstract

Artikal ini bertujuan menganalisis kaedah transformasi yang diaplikasikan oleh dua pelakon monodrama terpilih iaitu Sabera Shaik dalam teater monodrama “Lady Swettenham” dan Shahrul Mizad Asyaari dalam teater monodrama “Menunggu Lampu Hijau”. Kajian ini mengambil kira beberapa kaedah transformasi yang digunakan bagi tujuan menyampaikan penghayatan dan memberi rasa keyakinan kepada penonton secara visual. Melalui kaedah kajian pengumpulan data skunder dan premear serta terlibat secara langsung dalam tontonan, gambaran jelas diperincikan melalui analisis ilmiah dalam seni persembahan lakonan monodrama. Dua persembahan ini dapat memberi gambaran keberhasilan kaedah transformasi dan secara tidak langsung dijadikan antara saranan asas kepada kaedah penyampaian lakonan solo. Dengan mengunakan pendekatan teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura dan method acting atau The System (Stanislavski) pendekatan ini boleh dijadikan penanda ukur representasi lakonan non realisme.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-09-15

How to Cite

Ismaliza Ishak. (2019). TRANSFORMASI KEYAKINAN DAN PENGHAYATAN DALAM LAKONAN MONODRAMA “LADY SWETTENHAM” DAN “MENUNGGU LAMPU HIJAU”. INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 1(1), 15–26. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/115