KAEDAH LANGSUNG DAN KAEDAH TAK LANGSUNG SEBAGAI STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KARTUN
Keywords:
Kartun, Ilustrasi, Penggunaan Bahasa, Kaedah Langsung, Kaedah Tak LangsungAbstract
Kartun tidak hanya dilihat sebagai suatu saluran media untuk memberi hiburan kepada masyarakat. Ini kerana kartun memainkan peranan penting sebagai medium penyampai maklumat yang sangat berkesan kepada semua golongan. Mesej dalam kartun disampaikan sama ada melalui penggunaan bahasa dan ilustrasi atau ilustrasi semata-mata daripada seorang kartunis. Paparan ilustrasi dengan penggunaan bahasa dalam kartun di akhbar secara tidak langsung membawa isu semasa dalam pelbagai aspek. Malah melalui ilustrasi ini dapat membantu merangsang idea dan kematangan seseorang dalam menilai suatu mesej. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti penggunaan bahasa sebagai strategi komunikasi dalam kartun dan menghuraikan penggunaan kaedah langsung dan kaedah tak langsung dalam kartun. Hal yang demikian, penggunaan bahasa sebagai strategi komunikasi diteliti berdasarkan penggunaan bahasa yang digunakan dalam kartun iaitu penggunaan bahasa melalui kaedah langsung dan kaedah tak langsung. Kajian dijalankan secara kualitatif melalui pendekatan deskriptif. Data kajian diambil dan dikumpulkan daripada kartun atau ilustrasi yang dihasilkan oleh kartunis Maro dalam kolum Malaysia Kita, Mingguan Malaysia. Ilustrasi yang diambil sebagai data kajian merupakan ilustrasi yang memberi gambaran tentang situasi semasa negara di Mingguan Malaysia pada setiap hari Ahad untuk keluaran bulan Julai dan Ogos pada tahun 2019 dan bulan Ogos 2020. Analisis data dilakukan melalui pendekatan yang dikemukakan oleh Asmah Hj Omar iaitu melalui penelitian terhadap penggunaan bahasa melalui kaedah tak langsung dan penggunaan bahasa melalui kaedah langsung. Hasil kajian ini dapat diperhatikan bahawa kartun dalam akhbar jelas menunjukkan terdapat penekanan dalam dua kaedah ini sebagai strategi komunikasi yang digunakan melalui penggunaan bahasa sebagai suatu cara untuk memastikan mesej yang disampaikan dapat difahami oleh semua pihak. Justeru, penggunaan bahasa melalui kaedah tak langsung ini menjadi pilihan utama dalam penyampaian penceritaan melalui kartun. Kajian bahasa terhadap ilustrasi kartun perlu diberi fokus yang lebih luas lagi kerana masih banyak lagi kekosongan yang perlu diteliti