‘MENAWAN HATI MELAYU’: PERSPEKTIF PENGARANG SYAIR TUAN HAMPRIS TERHADAP KOLONIAL

Authors

  • Rahimah Hamdan Universiti Putra Malaysia (UPM)

Keywords:

Perspektif Pengarang, Syair Tuan Hampris, Hajah Wok Aisyah Nik Idris, J.L. Humpreys, Kolonial British

Abstract

Kolonialisasi British di Alam Melayu pada abad ke-19 Masihi telah menimbulkan penentangan dalam kalangan masyarakat peribumi yang disuarakan dalam karya kesusasteraan. Namun, amat menjengkelkan jika terdapat karya Melayu yang mengagung serta memuji kolonial British. Inilah Syair Tuan Hampris hasil karangan Hajah Wok Aisyah Nik Idris di Terengganu pada awal abad ke-20 yang bertanggungjawab memecahkan tradisi ini. Secara ironinya, pengarang syair ini seolah-olah melupakan kesengsaraan masyarakat Melayu sepanjang pentadbiran British di negerinegeri lain menerusi karya syairnya. Justeru, apakah Hajah Wok Aisyah mempunyai sebab tersendiri dalam penulisannya? Apakah pengarang Syair Tuan Hampris tertawan hati dengan pentadbir British ini? Apakah pentadbir British J.L.Humpreys ini berjaya menawan hati masyarakat Melayu Terengganu? Rentetan dari situlah, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perspektif pengarang terhadap kolonial dan menganalisis hubungan pengarang dengan kolonial dalam syair. Metodologi kajian adalah analisis teks menggunakan perspektif lapan panduan ‘menawan hati individu Melayu’ yang dikemukakan oleh Residen Jeneral British pertama di Persekutuan Tanah Melayu iaitu Sir Frank Swettenham dalam ‘The Malay Sketches’ pada tahun 1895. Lapan panduan menambat hati individu Melayu ini diterapkan kepada Syair Tuan Hampris agar dapat menjawab perspektif pengarang syair ini terhadap kolonial dalam karyanya iaitu keperluan tinggal di negerinya, menggunakan bahasanya, menghormati agamanya, menyukai apa yang mereka sukai, menjenakai segala prejudisnya, bersimpati dengannya, menolongnya ketika susah dan turut berkongsi kegembiraan dengannya. Dapatan kajian adalah Syair Tuan Hampris mengajak khalayak ke satu spektrum perhubungan yang unik antara masyarakat yang dijajah dengan kolonial. Kolonial dalam syair ini bukan lagi dianggap sebagai individu yang membawa kerosakan dan kebinasaan kepada masyarakat setempat tetapi dipandang mulia dalam setiap tindak-tanduknya. Apatah lagi pengarang yang merupakan seorang wanita dapat menjelaskan hubungan keakraban antara mereka dengan sempurna dalam bait-bait syairnya. Inilah kehebatan Syair Tuan Hampris yang secara langsung membuktikan bahawa wanita mempunyai suara dalam masyarakat walau terpaksa melawan konvensi kepengarangan Melayu pada zaman tersebut

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Rahimah Hamdan. (2020). ‘MENAWAN HATI MELAYU’: PERSPEKTIF PENGARANG SYAIR TUAN HAMPRIS TERHADAP KOLONIAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 2(5), 01–15. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/121