EMOSI POSITIF PEMIMPIN MELAYU DAHULU DALAM TEKS TRADISIONAL MELAYU
Keywords:
Emosi Positif, Pemimpin Melayu, Teori Rasa Fenomenologi, Teori Psikoanalisis Sigmund Freud, Teks TradisionalAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti emosi positif pemimpin Melayu dahulu dalam teks tradisional Melayu iaitu Hikayat Raja Pasai (HRP), Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT). Berdasarkan penulisan pengarang, dapat dilihat emosi yang dimiliki oleh watak-watak pemimpin Melayu dahulu dalam setiap teks. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat dua reka bentuk kajian iaitu kajian kepustakaan dan kajian teks. Kajian ini akan menggunakan dua gabungan teori iaitu teori Rasa Fenomelogi dan Psikoanalisis Sigmund Freud. Teks tradisional iaitu Hikayat Raja Pasai (HRP), Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT) digunakan sebagai sumber data utama kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak berdasarkan teori yang digunakan. Teknik mengumpul data ialah teknik pemerhatian yang kemudiannya menghasilkan jadual senarai semak berdasarkan teori yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan emosi positif pemimpin Melayu dahulu yang terdapat dalam tiga teks tradisional terpilih. Kajian ini diyakini mampu memperjelaskan emosi positif pemimpin Melayu dahulu yang ada dalam teks tradisional kepada pengkaji baru. Implikasi kajian ini ialah sebagai garis panduan kepada pemimpin-pemimpin Melayu pada masa ini dalam menangani emosi.