METAFORA SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL DALAM PANTUN MEMBENTUK NILAI INSAN

Authors

  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Norazimah Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Abu Zarrin Selamat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Norfaizah Abdul Jobar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Keywords:

Pantun, Metafora, Teori Relevans, Korpus, Sosial

Abstract

Kritikan dalam karya Melayu tradisional dihasilkan dalam pelbagai bentuk, dan lazimnya kritikan itu tidak disampaikan secara eksplisit atau terangterangan. Sehubungan itu, bahasa yang digunakan untuk menyampaikan kritikan itu adalah bahasa figuratif yang penuh dengan kias ibarat dan metafora. Bentuk kritikan ini boleh dilihat dalam peribahasa, pantun, syair, seloka, cerita jenaka, cerita binatang, cerita lipur lara, hikayat dan juga sastera berunsur sejarah. Kritikan sosial dalam pantun melalui unsur metafora dapat menggambarkan ketinggian akal budi orang Melayu pada zaman dahulu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur metafora yang terdapat dalam pantun dan menganalisis kritikan sosial dan nilai dalam pantun berdasarkan teori Relevans. Ia akan melihat bagaimana metafora dalam pantun boleh berperanan sebagai kritikan sosial. Data yang digunakan ialah buku oleh Tenas Effendy (2004) yang bertajuk Tunjuk Ajar dalam pantun Melayu, diterbitkan di Yogyakarta oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Kajian ini akan menggunakan Teori Relevans. Teori ini mementingkan pemprosesan maklumat dan mampu membantu pembaca memahami unsur metafora yang dilakarkan dengan saintifik. Justeru, kritikan sosial yang wujud dalam pantun Melayu tradisional bukanlah datang sebagai sebuah hiburan semata-mata sebaliknya mempunyai makna yang lebih mendalam. Pantun ini mempunyai unsur metafora sehingga dapat membentuk kritikan yang sinis dan tajam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-01

How to Cite

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Abu Zarrin Selamat, & Norfaizah Abdul Jobar. (2021). METAFORA SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL DALAM PANTUN MEMBENTUK NILAI INSAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 3(6), 31–41. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/124