ELEMEN KREATIVITI DALAM PAK-21: TEORI DAN FAKTOR MEMPENGARUHINYA

Authors

  • Faridah Anum Abdul Wahid Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Faridah Anum Abdul Wahid Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Abdul Halim Husain Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Abdul Halim Husain Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Zahiah Haris IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Keywords:

Kreativiti, Pembelajaran Abad Ke-21, Kanak-Kanak Sosioekonomi Rendah, Kanak-Kanak Berisiko Tercicir

Abstract

Kreativiti diakui sebagai antara elemen kemahiran yang penting dalam pembelajaran abad ke-21 tetapi sejauh mana kebolehsanaannya menarik pengkaji mengkaji faktor-faktor pendorong dan penghalang perlaksanaan elemen tersebut. Menggunakan penyelidikan berasaskan kajian ulasan sistematik (systematic review) adalah satu proses untuk mengenalpasti semua bukti yang boleh dipercayai mengenai masalah klinikal. Tujuan utama artikel ini adalah untuk memberikan penjelasan teori tentang faktor-faktor pembolehubah perkembangan kreativiti murid. Artikel ini akan menjelaskan pandangan yang berbeza mengenai faktor mempengaruhi perkembangan kreativiti murid berfokus kepada murid yang mempunyai masalah latar belakang sosio ekonomi yang rendah dan berisiko tercicir. Selain daripada itu, pendapat dari teori dan model kreativiti dianalisis bagi mendapatkan persamaan dan perbezaan pandangan tentang faktor-faktor penyumbang dan penghalang. Tujuannya supaya dapatan analisis akan membantu pelbagai pihak untuk mencari alternatif dalam membantu masalah kreativiti dalam kalangan muridmurid tersebut. Berdasarkan tujuan kajian ini iaitu mengenalpasti faktor-faktor kreativiti murid-murid berdasarkan teori dan kajian literatur, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap teori dan model, literatur kajian dari tahun 2013 hingga 2021. Hasil kajian mendapati faktor individu, motivasi, persekitaran dan aktualisasi adalah pemboleh ubah utama yang membantu perkembangan kreativiti murid berlatar belakang sosio ekonomi rendah. Sejajar dengan analisis teori dan tinjauan literatur, kami mencadangkan penyelidikan masa hadapan dapat melengkapkan jurang kajian sebagai asas pengembangan kreatif jangka panjang serta kaedah bagaimana mengatasi faktor dominan yang boleh dikawal. Tinjauan literatur kami telah mengetengahkan beberapa tema dan pandangan yang kami harap akan berguna untuk kajian akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-05

How to Cite

Faridah Anum Abdul Wahid, Faridah Anum Abdul Wahid, Abdul Halim Husain, Abdul Halim Husain, & Zahiah Haris. (2021). ELEMEN KREATIVITI DALAM PAK-21: TEORI DAN FAKTOR MEMPENGARUHINYA. INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 3(8), 13–36. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/128