KOMIK /KARTUN (Covid-19) DALAM TALIAN SEBAGAI MEDIUM SATIRA WADAH KESEDARAN
Keywords:
Kartun, Komik, Covid-19, Internet, SatiraAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji akan maksud serta gaya penyampaian satira menerusi komik dan kartun laman sesawang dengan menjadikan tema pandemik Covid-19 yang dimuatnaik menerusi laman sosial. Selain itu juga, pengkaji akan menyusuri akan sejarah permulaan kartun serta komik di Malaysia bermula dari zaman pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan secara ringkas sehingga ke era pendigitalan. Pendekatan kajian dan penulisan ini adalah memahami apresiasi bentuk dan makna karya dan juga konteks penghasilannya. Menggunakan metodologi sejarah seni berasaskan analisis mengikut konteks (contextual analysis) dijadikan asas di dalam pengkajian ini. Merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan digunakan sebagai panduan dalam penelitian karya. Selain dari itu, terdapat juga tema yang berkaitan dengan aspek budaya dan sosial yang mana amat dekat di jiwa para rakyat Malaysia dengan menggunakan kaedah analisis Edmund Burke Feldman. Penemuan kajian ini menunjukkan kemajuan penggunaan teknologi tidak mengabaikan perkaitan antara seni visual kartun laman sesawang dan isu semasa yang melanda dunia.