GENIUS NARATIF DAN GENIUS PEMIKIRAN DALAM DUA KARYA SASTERA LISAN MELAYU
Keywords:
Sastera Lisan, Pawang Ana, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Che Tunggal, Etnosentrisme, PascakolonialAbstract
Di Malaysia, sastera lisan yang disampaikan melalui pertuturan pelipurlara, merupakan seni yang paling purba dan naluriah. Melalui usaha perakaman sastera lisan yang kemudian dicetak dan dipasarkan, khalayak hari ini dapat menikmati warisan sastera lisan yang menaratifkan susunan masyarakat serta pelbagai isu serta konflik zamannya. Dalam sastera lisan terkandung genius naratif dan genius pemikiran pelipurlara bangsa, khususnya pelipurlara Pawang Ana melalui dua karyanya iaitu Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Che Tunggal. Kedua-dua cerita yang dirakam sekitar tahun 1886 itu mengisahkan pelayaran sekumpulan wira Melayu ke Portugal bagi melakukan serangan balas terhadap penjajah dari barat itu dan memperoleh kemenangan. Dua karya sastera lisan ini bukan sahaja mengandungi unsur etnosentrisme malah sarat dengan pemikiran pascakolonial, kira-kira tujuh dekad mendahului wacana pascakolonial oleh para sarjana moden yang baharu mula muncul sekitar tahun 1950-an.