ALEGORI: INTERPRETASI IMEJ VISUAL BANDAR DAN ALAM MENERUSI KARYA SENI VISUAL
Keywords:
Artistik, Alegori, Alam, Bandar, CatanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan karya seni visual melalui gambaran dunia maginasi pengkarya dalam usaha membentuk landskap baharu. Pengkaryaan ini adalah suatu refleksi, emosi dan pengalaman abstrak pengkarya terhadap pembangunan bandar dan kerosakkan alam akibat aktiviti dan kerakusan manusia. Pengkarya merupakan individu kreatif yang mampu menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetika tersendiri bergantung pada pengalaman, pemahaman dan falsafah atau gaya fikir dalam mempersembahkan elemen visual dan makna. Kajian ini menggunakan pendekatan dalam penelitian artistik iaitu penelitian berteraskan praktis studio (Studio Based Research). Proses penelitian ini mengaplikasikan tiga kaedah dalam model penciptaan karya oleh S.P Gustami (2007) dalam penghasilan karya kreatif iaitu eksplorasi, perancangan dan pewujudan. Manakala penganalisisan karya seni adalah dengan menggunkan model ‘organic unity’ oleh Ocvirk (2001) yang terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu subjek, bentuk dan makna. Tiga Siri catan pilihan bertajuk “Chrysalis” yang dihasilkan menggambarkan landskap dunia fantasi yang membawa genre surealistik yang menampilkan pelbagai imej visual yang kompleks dengan pertembungan pelbagai gaya yang mendorong audian ke dunia warna, kedalaman dan perinciannya. Pengkaryaan ini merangkumkan elemen, imej dan konsep alam dan pembandaran sebagai alegori untuk difahami dan dihayati supaya kemajuan teknologi, budaya dan masyarakat selari dalam konteks moden. Selain, pengkaryaan ini membawa suatu paradigma dalam interaksi manusia terhadap persekitaran.