HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI, KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN TERHADAP KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN DALAM KALANGAN TENTERA DARAT MALAYSIA
Abstract
Peningkatan kesedaran terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan dalam kalangan pekerja sejak akhir-akhir ini menunjukkan faktor ini semakin mendapat perhatian dalam organisasi. Fenomena ini berlaku adalah susulan daripada kes kesihatan mental yang direkodkan semakin meningkat dan menjadi salah satu cabaran kepada negara sehinggalah pihak kerajaan Malaysia telah memperincikan isu ini dalam Kertas Putih Kesihatan yang menjadi pelan reformasi kesihatan negara. Kualiti kerja dan kesejahteraan hidup yang mempengaruhi kesihatan mental lazimnya dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor emosi, bebanan kerja yang berlebihan dan tekanan kerja. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara kecerdasan emosi, kemurungan, kebimbangan dan tekanan terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan dalam kalangan Tentera Darat Malaysia (TDM). Seramai 995 anggota TDM di seluruh Malaysia telah dipilih menjadi responden kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soal selidik untuk mengukur tahap kecerdasan emosi, kemurungan, kebimbangan, tekanan serta keseimbangan kerja dan kehidupan. Penganalisian data kajian ini menggunakan analisis deksiptif dan kolerasi antara pemboleh ubah untuk mengukur pengaruh hubungan antara faktor kecerdasan emosi, kemurungan, kebimbangan dan tekanan terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan dalam kalangan anggota TDM. Dapatan kajian mendapati dimensi kecerdasan emosi iaitu mengenal emosi orang lain (OEA), menggunakan emosi (UOE) dan mengawal emosi (ROE) mempunyai hubungan signifikan positif dengan keseimbangan kerja dan kehidupan manakala dimensi menilai emosi diri (SEA) tidak mempunyai hubungan signifikan. Pemboleh ubah kemurungan, kebimbangan dan tekanan pula mempunyai hubungan signifikan negatif dengan keseimbangan kerja dan kehidupan. Keputusan ini menunjukkan bahawa elemen kecerdasan emosi, kemurungan, kebimbangan dan tekanan dapat memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan dalam kalangan anggota TDM. Pengukuhan elemen psikologi dalam kalangan anggota TDM perlu diutamakan oleh pucuk pimpinan melalui penganjuran program dan latihan yang bersesuaian sebagai salah satu pendekatan untuk memperkasakan modal insan dalam organisasi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rogis Baker, Nur Surayya Mohd Saudi, Haliza Mohd Zahari, Nur Fatinah Husna Mohamad Puzi, Mohd Hamran Mohamad, Noor Azmi Mohd Zainol, & Hasimi Sallehudin. (2024). HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI, KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN TERHADAP KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN DALAM KALANGAN TENTERA DARAT MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT PRACTISES (IJEMP), 7(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijemp/article/view/3941
Issue
Section
Articles