DINAMISME KEPIMPINAN GURU: KONSEP DAN PERSPEKTIF

Authors

  • Zuana Sulaiman Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mahaliza Mansor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Khalip Musa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Guru, Pembangunan Sekolah, Keberhasilan Pelajar

Abstract

Dinamisme dalam sistem pendidikan yang berlaku secara meluas telah meningkatkan keperluan amalan kepimpinan di kalangan guru. Kepimpinan guru telah menjadi salah satu konsep yang penting di sekolah dalam usaha meningkatkan keberhasilan pelajar dan pencapaian sekolah. Guru merupakan sosok penting yang memberi impak positif dalam kecemerlangan pelajar. Guru juga merupakan sumber pengetahuan dan pengalaman dalam membangunkan dan mewujudkan kolaborasi di antara guru dan persekitarannya dengan produktif. Namun, terdapat cabaran yang perlu ditangani oleh guru dalam usaha mempersiapkan diri sebagai pemimpin guru. Kertas konsep ini mengupas tentang perspektif dan cabaran tentang kepimpinan guru dalam usaha memupuk budaya kepemimpinan dalam kalangan guru. Tinjauan literatur memperlihatkan sesetengah guru masih kabur berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin guru. Justeru, pengetua dan pentadbir harus memainkan peranan dalam memupuk budaya kepemimpinan dan menyedarkan guru-guru tentang peranan mereka dalam kepimpinan guru. Ini merupakan satu usaha yang penting bagi pembangunan sekolah dan keberhasilan pelajar. Adalah juga diharapkan kertas konsep ini dapat memberikan beberapa pandangan baharu kepada pengkaji amalan kepimpinan guru pada masa depan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Zuana Sulaiman, Mahaliza Mansor, & Khalip Musa. (2024). DINAMISME KEPIMPINAN GURU: KONSEP DAN PERSPEKTIF. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(54). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/1075