PENGENDALIAN AMALI PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS: PENENTUAN TAHAP KEMAHIRAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH

Authors

  • Nur Syuhadah Mohd Shamsudin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anizah Mohd Salleh Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Faizah Abu Kassim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nurulasyikin Hassan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazura Mahdzir Universiti Malaya

Keywords:

Guru Pelatih, Pembiakan Tumbuhan, Kemahiran Amali, Kompetensi

Abstract

Guru pelatih dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilatih dan dibentuk untuk menjadi seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, bersikap positif dan minat terhadap profesion. Namun, tahap kemahiran guru pelatih sering dihalang oleh kekangan pengetahuan dan sikap terhadap pengajaran amali. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor dan cabaran yang mempengaruhi tahap kemahiran guru pelatih serta mencadang langkah peningkatan kompetensi tahap kemahiran dalam pengendalian amali pembiakan tumbuhan secara aseks. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik secara atas talian dengan melibatkan 52 orang responden yang terdiri daripada pelajar Semester 6, 7 dan 8. Tahap kemahiran guru pelatih dalam pengendalian amali pembiakan tumbuhan secara aseks dapat dibahagikan kepada pembiakan secara organ tumbuhan (M=3.66), keratan batang (M=3.64), keratan daun (M=2.99), keratan akar (M=2.94), cantuman baji (M=2.83), tut (M=2.72), cantuman mata tunas (M=2.71), dan cantuman sandingan (M=2.30). Tahap kemahiran ini dipengaruhi oleh faktor sikap (M=4.44) dan pengetahuan (M=3.96). Secara keseluruhannya, tahap kemahiran guru pelatih adalah berada di tahap sederhana dengan nilai purata min 2.97. Cabaran guru pelatih dalam pengendalian amali pembiakan tumbuhan secara aseks pula berkait rapat dengan faktor alatan mengajar (M=3.52) dan bahan tanaman (M=3.31). Sementara itu, cadangan peningkatan kompetensi tahap kemahiran guru pelatih menunjukkan bahawa seramai 44 orang guru pelatih memilih dan berminat untuk mengikuti Kursus Pembiakan Tanaman sebagai kursus peningkatan kemahiran. Sebagai implikasi, kajian ini tertumpu kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian sebagai persediaan guru pelatih sebelum bergelar seorang guru TVET agar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai dengan profesion perguruan.

, , , 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-10

How to Cite

Nur Syuhadah Mohd Shamsudin, Anizah Mohd Salleh, Faizah Abu Kassim, Nurulasyikin Hassan, & Mazura Mahdzir. (2024). PENGENDALIAN AMALI PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS: PENENTUAN TAHAP KEMAHIRAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/1634