PENGARUH TPACK, TINGKAH LAKU PEMUPUKAN KREATIVITI DAN PENERIMAAN TEKNOLOGI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Authors

  • Nor Atika A Jalil Universiti Malaysia Sabah
  • Siew Nyet Moi Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Guru Matematik, Pembelajaran Abad ke-21, Penerimaan Teknologi, Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti

Abstract

Peranan guru dalam melaksanakan pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) menjadi satu tuntutan masa kini dalam membina generasi yang bersedia berhadapan cabaran global pada masa hadapan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK), Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti (TLPK), dan Penerimaan Teknologi (PT) terhadap Pelaksanaan PAK21 guru Matematik sekolah menengah di Sabah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah tinjauan melalui teknik persampelan rawak berstrata. Berpandukan formula Krejcie dan Morgan, sampel ditetapkan sebanyak 248 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan IBM SPSS versi 26.0 dan IBM AMOS versi 2.0. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi variabel TLPK dan PT berdasarkan jantina. Bagi analisis varians sehala, hanya variabel PT menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara TPACK (r = 0.162, p < .01), TLPK (r = 0.191, p < .01), dan PT (r = 0.300, p < .01) dengan Pelaksanaan PAK21. Analisis Laluan SEM menunjukkan kombinasi sumbangan variabel TPACK dan TLPK adalah sebanyak 37.1% (R2 = 0.371) terhadap PT. Manakala, kombinasi variabel TPACK, TLPK dan PT pula menyumbang 11.3% (R2 = 0.113) perubahan terhadap Pelaksanaan PAK21. Kesan pengantaraan penuh variabel PT diperoleh dalam hubungan antara TPACK dan Pelaksanaan PAK21. PT juga merupakan pengantara penuh dalam hubungan antara TLPK dengan Pelaksanaan PAK21. Kesimpulannya, menerusi kajian ini, terbukti bahawa faktor guru memainkan peranan penting bagi menentukan hala tuju pelajar berbudaya ilmu yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-10

How to Cite

Nor Atika A Jalil, & Siew Nyet Moi. (2024). PENGARUH TPACK, TINGKAH LAKU PEMUPUKAN KREATIVITI DAN PENERIMAAN TEKNOLOGI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/1641