KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DIGITAL SEBAGAI PENGLIBATAN AKTIF MURID DALAM PEMBELAJARAN
Keywords:
PBL, Pendigitalan, Penglibatan Murid, RBTAbstract
Pendekatan pembelajaran berasaskan projek yang berpusatkan murid menyokong guru menggunakannya dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi mempromosikan pengajaran yang memberi respon kepada idea murid. Oleh itu, kajian tinjauan ini bertujuan untuk menguji penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek digital secara berkesan, sebagai satu cara untuk menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran. Objektif kajian tinjauan ini dilaksanakan kepada 30 orang murid secara persampelan rawak. Data kuantitatif dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan penerimaan Model TAM berbantukan SPSS versi 27. Soal selidik lima likert dalam 10 penyataan diedarkan kepada responden. Kajian menunjukkkan keberkesanan pelaksanan pendekatan berasaskan projek digital berpusatkan murid dapat meningkatkan pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran digital murid dengan perbezaan yang signifikan <0.01 hasil dapatan menunjukkan perbezaan hubungan diantara ujian pra min=12.4, sd=1.82 dan ujian pasca min=13.3, sd=1.49. Hasil kajian juga memaparkan bahawa perbezaan signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen yang dijalankan dalam kajian berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek digital dalam pengajaran dan pemudahcaraan sebagai penglibatan aktif murid. Keputusan menjelaskan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan projek digital berjaya menggalakkan penglibatann aktif murid dengan peningkatan pengetahuan kandungan pembelajaran dan kemahiran literasi digital. Justeru, pendekatan berasaskan projek secara digital amat disyorkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan oleh murid RBT dan harus digalakkan di semua peringkat pendidikan.