PENYESUAIAN KENDIRI DI SEKOLAH SEBAGAI PENGANTARA SOKONGAN SOSIAL RAKAN SEBAYA DAN KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF (SWB) DALAM KALANGAN REMAJA DI YOGYAKARTA, INDONESIA

Authors

  • Uly Gusniarti Universiti Malaya
  • Jas Laile Jaafar Universiti Malaya
  • Fonny D. Hutagalung Universiti Malaya

Keywords:

Sokongan Sosial Rakan Sebaya, Penyesuaian Kendiri, SWB, Remaja, Indonesia

Abstract

Banyak kajian dalam bidang psikologi positif telah menggalakkan penerokaan kesejahteraan remaja. Namun, kajian yang meneroka sokongan sosial rakan sebaya dan penyesuaian kendiri sebagai faktor yang memberi kesan terhadap SWB di sekolah dalam populasi remaja di Indonesia secara serentak masih terhad. Kajian ini mencuba meneroka peranan penyesuaian kendiri sebagai pemboleh ubah pengantara bagi hubungan sokongan sosial rakan sebaya dan SWB dalam kalangan remaja di Indonesia. Seramai 384 remaja (218 perempuan, 166 lelaki, gred 7-9) di Yogyakarta Indonesia  telah menjawab soal selidik Child and Adolescent Social Support Scale (CASSS) (Malecki et al., 2000) untuk mengukur sokongan sosial rakan sebaya dan penyesuaian kendiri  (Olivier et al., 2018) serta Brief Adolescents’ Subjective Well-being in School Scale (BASWBSS) (Tian et al., 2014) untuk mengukur SWB remaja di sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa penyesuaian kendiri memberikan peranan pengantara separa ke atas hubungan sokongan sosial rakan sebaya dan SWB dalam kalangan remaja pelajar di sekolah. Faktor keakraban dengan guru, isolasi dan tingkah laku prososial memberi kesan pengantara separa bagi hubungan sokongan sosial rakan sebaya dan SWB remaja. Manakala, faktor masalah eksternalisasi dan internalisasi serta konflik dengan guru tidak terbukti secara statistik memberikan peranan. Kajian ini memberikan sumbangan yang berharga mengenai satu model multivariat daripada ketiga-tiga pemboleh ubah dalam kalangan remaja awal dan semakin mengukuhkan pandangan peranan positif daripada rakan sebaya terhadap aspek-aspek perkembangan remaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-18

How to Cite

Uly Gusniarti, Jas Laile Jaafar, & Fonny D. Hutagalung. (2024). PENYESUAIAN KENDIRI DI SEKOLAH SEBAGAI PENGANTARA SOKONGAN SOSIAL RAKAN SEBAYA DAN KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF (SWB) DALAM KALANGAN REMAJA DI YOGYAKARTA, INDONESIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/1667