PENERAPAN ELEMEN DIDIK HIBUR MELALUI MODUL J-ZIKR DI NEGERI JOHOR

Authors

  • Nor ‘Ashikin Mohd Nor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khadijah Abdul Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Didik Hibur, Modul J-Zikr, Nyanyian, Pembayang Huruf, Iqra’

Abstract

Bacaan Iqra’ merupakan pendidikan asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai al-Quran. Namun begitu masih terdapat murid khususnya murid tahun 6 yang tercicir dalam menguasai bacaan Iqra’ dan belum mengenal huruf hijaiyyah. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan didik hibur dalam Modul J-Zikr untuk meningkatkan kemampuan murid Tahun 6 membaca Iqra’ 1, 2 dan 3 dan strategi yang dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi masalah keciciran murid dalam membaca al-Quran. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif iaitu melalui kaedah temubual terhadap dua orang Jurulatih Utama J-Zikr Negeri Johor, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian melalui analisis dokumen terhadap 83 murid yang menjadi peserta program J-Zikr menunjukkan terdapat pencapaian yang positif dengan 36% murid telah mencapai tahap Modul Emas, 26% mencapai tahap Modul Perak, 37% murid di tahap Modul gangsa dan hanya 1% yang masih tiada peningkatan. Dapatan kajian ini berfokus kepada keberkesanan modul J-Zikr dan juga perancangan dan strategi Jurulatih Utama Negeri Johor untuk mengatasi masalah keciciran murid. Pencapaian murid melalui progam yang dijalankan menunjukkan bahawa Modul J-Zikr amat sesuai digunakan untuk membantu murid-murid cicir al-Quran. Namun begitu, Modul J-Zikr ini perlulah ditambah baik dengan menambah lebih banyak elemen didik hibur serta disebarluaskan untuk manfaat ramai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-12

How to Cite

Nor ‘Ashikin Mohd Nor, & Khadijah Abdul Razak. (2024). PENERAPAN ELEMEN DIDIK HIBUR MELALUI MODUL J-ZIKR DI NEGERI JOHOR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(54). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/235