Pengurusan ICT di Sekolah Malaysia

Authors

  • Mohd Helmee Firdaus Salehudin Universiti Malaya

Abstract

Perkembangan ICT dalam abad ke 21 sungguh kompetitif dalam perkembangan globalisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah Malaysia telah meletakkan dasar ICT sebagai agenda utama untuk menyahut perkembangan ICT di peringkat globalisasi. Dapatan beberapa kajian telah menunjukkan pengurusan ICT di sekolah masih berada pada tahap yang rendah dan juga definisi terma pengurusan ICT juga masih tidak jelas. Oleh kerana terma pengurusan ICT tidak jelas, tumpuan kajian ini ingin melihat aspek pengurusan ICT berdasarkan penggunaan konsep asas pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan kepimpinan sebagai ukuran pengurusan ICT di sekolah Malaysia. Sebanyak 200 set soal selidik yang telah diedarkan, hanya 172 set soal selidik sahaja dikembalikan setelah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru sekitar sekolah rendah dan menengah di Negeri Perak dan Negeri Sembilan. Pengurusan ICT, diukur berdasarkan 28 item yang telah dimodifikasi dan diterjemahkan dari soal selidik hasil kajian yang telah dijalankan oleh Theekshana Suraweera, Paul Cragg dan Annetta Mills, pada tahun 2005, yang bertajuk Measurement of IT management Sophistication in Small Firms. Soal selidik tersebut telah dikategorikan kepada 4 dimensi iaitu, perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan kepimpinan. Peratusan, 'Means' dan 'Standard Deviations' digunakan untuk menganalisis data. Manakala ujian t atau ‘T-test' digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap amalan pengurusan ICT di sekolah berdasarkan kawasan sekolah dan jantina pentadbir dan guru-guru. Dapatan menunjukkan amalan pengurusan ICT di sekolah berada pada tahap sederhana. Manakala ujian-t dilakukan mengesahkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara pentadbir dan guru-guru di bandar dan luar bandar. Ujian-t bagi jantina pula menunjukkan bahawa item perancangan, pengorganisasian dan pengawalan tiada perbezaan signifikan antara pentadbir dan guru-guru lelaki dan perempuan. Bagi item kepimpinan telah menunjukkan ada perbezaan yang signifikan antara pentadbir dan guru-guru lelaki dan perempuan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Helmee Firdaus Salehudin. (2024). Pengurusan ICT di Sekolah Malaysia. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 1(1). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2752