Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dalam Kalangan Anggota Tentera Darat Malaysia

Authors

  • Mohd Juraimy Kadir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
  • Jegak Uli Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
  • Ahmad Azan Ridzuan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
  • Noor Azmi Mohd Zainol Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
  • Mohd Hamran Mohamad Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur hubungan kecerdasan emosi dengan tekanan kerja dalam kalangan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM). Pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah kecerdasan emosi yang terdiri daripada empat elemen iaitu mengenali emosi, pengurusan emosi diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Manakala pemboleh ubah bersandar pula adalah tekanan kerja dalam kalangan anggota TDM. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat dalam TDM. Sejumlah 479 responden telah memberikan maklumbalas sepenuhnya. Data-data telah dianalisa oleh pengkaji dengan menggunakan dua kaedah analisis data iaitu dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 21.0 dan seterusnya menggunakan Smart Partial Least Square (SmartPLS) versi 3.0 bagi menganalisis penerokaan faktor dan pengujian hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen dalam kecerdasan emosi iaitu mengenali emosi, pengurusan diri dan kemahiran sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja. Manakala kesedaran sosial pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Juraimy Kadir, Jegak Uli, Ahmad Azan Ridzuan, Noor Azmi Mohd Zainol, & Mohd Hamran Mohamad. (2024). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dalam Kalangan Anggota Tentera Darat Malaysia. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 1(2). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2753