Universiti Malaysia Sabah sebagai Pilihan Destinasi Pengajian dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa
Abstract
Kecemerlangan akademik merupakan matlamat setiap pelajar yang melanjutkan pengajian. Begitu juga bagi pelajar antarabangsa, keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di lihat sebagai jalan bagi memperolehi kerjaya pada masa hadapan. Oleh itu, pemilihan dari segi lokasi/geografi di ambil kira bagi memastikan perjalanan mereka selama menimba ilmu di tempat baharu beroleh kejayaan. Dalam konteks UMS, pemilihan lokasinya sebagai destinasi pengajian adalah sangat bertepatan kerana lokasi UMS yang strategik yang terletak di Sabah yang memperlihatkan warisan semulajadi yang kaya dengan alam semulajadi, landskap, flora dan fauna dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kepelbagaian kompilasi penduduk yang unik dan menarik dengan kaya dengan tradisi dan budaya menjadikan tarikan dalam pemilihan lokasi bagi melanjutkan pengajian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor tarikan pelajar antarabangsa memilih Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai destinasi pengajian. Hasil kajian ini diharap dapat meningkatkan kadar kemasukan pelajar antarabangsa di UMS dengan kedudukan UMS yang strategik di Kepulauan Borneo.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Irma Wani Othman, Hasbullah Awang, Muhammad Safuan Yusoff, & Herlina Jupiter. (2024). Universiti Malaysia Sabah sebagai Pilihan Destinasi Pengajian dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2756
Issue
Section
Articles
