HUBUNGAN KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN MOTIVASI GURU

Authors

  • Evonne Lai Eng Fei Universiti Malaysia Sabah
  • Crispina Gregory K Han Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kajian ‘hubungan kepimpinan pengetua dengan motivasi guru’ dalam kalangan guru-guru sekolah menengah’ telah dilaksanakan di Daerah Sri Aman, Sarawak. Kajian kuantitatif bukan eksperimen ini menggunakan instrumen soal selidik dan seramai 188 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kepimpinan pengetua telah diukur menggunakan instrumen ‘The Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ)’ dan pengukuran motivasi guru menggunakan instrumen, ‘A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendecy (QMAT)’. Nilai alpha Cronbach untuk kedua-dua soal selidik ialah .926 dan .792. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan pengetua dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi. Analisis kajian mendapati terdapatnya hubungan positif yang lemah dan signifikan antara hubungan kepimpinan pengetua dengan motivasi guru (r=.206, p<.05).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Evonne Lai Eng Fei, & Crispina Gregory K Han. (2024). HUBUNGAN KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN MOTIVASI GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2774