TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap perancangan bahan sumber, kemudahan dan peralatan pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Kecergasan Fizikal. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 50 orang guru opsyen Pendidikan Jasmani sahaja. Lokasi kajian adalah di salah sebuah daerah di negeri Selangor. Statistik deskriptif seperti Min dan Sisihan Piawai digunakan dalam analisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang menyediakan maklumat tentang bahan pengajaran daripada internet (M=3.14;SP=1.01), keratan akhbar (M=2.93;SP+0.98), majalah (M=2.57;SP=1.03),artikel atau jurnal (M=2.16;1.07),buku rujukan Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (M=3.52;SP=0,87), fail panitia Pendidikan Jasmani (M=2.83;SP=1.13),dan buku teks Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 (M=3.85;SP=0.75) hanya pada tahap sederhana. Guru Pendidikan Jasmani juga lebih banyak menyediakan maklumat tentang penggunaan kemudahan seperti gelanggang permainan dan padang (M=3.92;SP=0.99) berbanding dengan peralatan (M=2.89;SP=1.14) seperti VCD senaman aerobik, High-Fi, tali, palang mendagu, bangku, dumbell, barbell dan tilam tangkas. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Jasmani telah membuat perancangan yang baik dari aspek sumber dan bahan, kemudahan dan peralatan pengajaran dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah menengah khususnya berkaitan dengan Kecergasan Fizikal. Sebagai guru Pendidikan Jasmani perlu membuat perancangan dalam aspek sumber dan bahan, kemudahan dan peralatan yang berkaitan dengan bidang pengajaran supaya hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai. Sehubungan dengan itu pihak sekolah hendaklah memberikan kerjasama dalam menyediakan bahan sumber, kemudahan dan peralatan pengajaran yang secukupnya kepada guru dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah menengah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Syed Kamaruzaman Syed Ali, & Parawazalam Abd Rauf. (2024). TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2776
Issue
Section
Articles