KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI AKADEMIK SEKOLAH DI MALAYSIA

Authors

  • Faridah Juraime Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mohd Izham Mohd Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pengetua sebagai pemimpin teknologi di sekolah menghadapi tugas yang mencabar dalam mengaplikasikan teknologi dan sebagai role model penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi dan perbezaan amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua berdasarkan lokasi dan bilangan kursus ICT yang dihadiri serta mengenal pasti hubungan kepimpinan teknologi dengan prestasi akademik sekolah. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Dua analisis statistik telah digunakan iaitu analisis deskriptif untuk melihat tahap kepimpinan dan analisis inferensi menggunakan MANOVA untuk melihat perbezaan amalan dan korelasi Spearman Rho’ untuk melihat hubungan antara dua pemboleh ubah. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua berada pada tahap sangat tinggi diamalkan. Analisis inferensi pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan teknologi antara pengetua sekolah bandar dengan luar bandar dan mengikut bilangan kursus ICT yang dihadiri. Akhirnya, analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara kepimpinan teknologi dengan prestasi akademik sekolah. Kesimpulannya, pengetua sebagai pemimpin sekolah perlu mengubah amalan kepimpinan mereka daripada amalan tradisional kepada amalan kepimpinan yang menggunakan bantuan teknologi ICT atau lebih dikenali sebagai pemimpin teknologi dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Faridah Juraime, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2024). KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI AKADEMIK SEKOLAH DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2780