KEUPAYAAN MENGGUNAKAN KOMSAS DAN i-THINK SEBAGAI KOMPETENSI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Abstract
Kajian mengenal pasti keupayaan guru menggunakan KOMSAS dan i-Think iaitu penguasaan kemahiran guru terhadap bahan sastera dan pendekatan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian terhadap dasar pendidikan memberi penekanan terhadap keperluan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain, memberi implikasi terhadap perubahan corak pengajaran guru yang lebih berkesan, berpusat pelajar, menarik dan menekankan kemahiran berfikir. Kajian menggunakan teknik rawak bertujuan dan rawak mudah bagi mengumpul data guru Bahasa Melayu sekolah menengah seluruh Sabah. Jumlah sampel kajian adalah seramai 337 responden berdasarkan Jadual Persampelan Krejcie & Morgan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan ke atas 130 orang responden, nilai Cronbach Alpha bagi kesahan instrumen yang diperolehi bagi setiap pemboleh ubah adalah masing-masing, .965, .973 dan .951. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 serta SEM PLS. Keputusan kajian menunjukkan tahap keupayaan guru menggunakan KOMSAS dan i-Think serta tahap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Malah terdapat hubungan yang signifikan antara keupayaan menggunakan KOMSAS dan i-Think dengan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Keputusan kajian juga menunjukkan hanya KOMSAS yang memberi pengaruh terhadap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rozani Binti Ahmad. (2024). KEUPAYAAN MENGGUNAKAN KOMSAS DAN i-THINK SEBAGAI KOMPETENSI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2781
Issue
Section
Articles