HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU JURULATIH SUKAN DENGAN KEPUASAN DAN MOTIVASI ATLIT SEKOLAH SUKAN DI SABAH

Authors

  • Mohamad Nizam Nazarudin Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Saba
  • Chong Swee Le Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Saba
  • Zakiah Noordin Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah
  • Mohd Firdaus Bin Abdullah Universiti Teknikal Malaysia, Melaka
  • Mohd Khairulanwar Universiti Teknologi Mara, Perlis

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tingkah laku jurulatih sukan dengan kepuasan dan motivasi atlit sekolah sukan di Sabah. Seramai 127 orang atlit dari sekolah sukan Malaysia di Sabah telah dipilih dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku jurulatih dalam kalangan atlit berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku jurulatih dalam kalangan atlit berdasarkan kategori sukan dan tahap penglibatan atlit. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tingkah laku jurulatih dari semua dimensi dengan kepuasan atlit. Akhirnya kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tingkah laku jurulatih dari semua dimensi dengan motivasi atlit. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan tingkah laku jurulatih dari semua dimensi terhadap kepuasan dan motivasi atlit.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Nizam Nazarudin, Chong Swee Le, Zakiah Noordin, Mohd Firdaus Bin Abdullah, & Mohd Khairulanwar. (2024). HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU JURULATIH SUKAN DENGAN KEPUASAN DAN MOTIVASI ATLIT SEKOLAH SUKAN DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2785