HUBUNGAN EMOSI DAN KEBIMBANGAN PENILAIAN SOSIAL TERHADAP KEBIMBANGAN PRA PERTANDINGAN
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan emosi dan kebimbangan penilaian sosial terhadap kebimbangan pra pertandingan pemain sofbol bawah 18 tahun. Seramai 80 orang pemain bawah 18 tahun Bahagian Sandakan, Sabah telah dipilih dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Soalselidik yang digunakan adalah Differential Emotional Scale-IV (DES-IV), Brief Fear of Negative Evaluation Scale (BFES) dan Competitive Anxiety State Inventory 2 (CSAI-2). Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan emosi, kebimbangan penilaian sosial dan kebimbangan pra pertandingan berdasarkan jantina, bahagian dan pengalaman dalam kalangan pemain sofbol. Tidak terdapat hubungan yang signifikan (p>0.05) antara emosi dan kebimbangan pra pertandingan pemain sofbol bawah 18 tahun bahagian Sandakan tetapi wujud hubungan positif sederhana yang signifikan (p<0.01) antara kebimbangan penilaian sosial terhadap kebimbangan pra pertandingan Keperluan penerapan elemen sains sukan terutamanya psikologi sukan dalam persiapan pasukan khususnya berkenaan emosi dan kebimbangan penilaian sosial dapt mengurangkan kebimbangan pra pertandingan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Md Azzezan Bin Sukur, & Mohamad Nizam Nazarudin. (2024). HUBUNGAN EMOSI DAN KEBIMBANGAN PENILAIAN SOSIAL TERHADAP KEBIMBANGAN PRA PERTANDINGAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2786
Issue
Section
Articles