ANALISIS PERBANDINGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU
Abstract
Dalam era digital yang berkembang pesat dek ledakan teknologi maklumat, pemimpin sekolah digesa untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum seiring dengan transformasi pendidikan yang mendadak sehingga memberi tekanan dan bebanan kepada para guru lantaran untuk menghasilkan prestasi sekolah yang gemilang. Justeru, kepimpinan instruksional pengetua perlu diimplementasikan agar dapat mencapai aspirasi negara. Untuk memahami tahap kepimpinan instruksional pengetua dan kepuasan kerja guru, kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 40 orang guru dari 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan aliran agama (SMKA) di daerah Kota Kinabalu telah dipilih untuk kajian ini. Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 23 digunakan dalam menganalisis data. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran skor min, sisihan piawai dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional Pengetua adalah tinggi (Min=3.94,SP=.52)manakala tahap kepuasan kerja guru adalah sederhana (Min=3.18,SP=.92). Berdasarkan kepada hasil kajian ini, bidang kepimpinan khususnya kepimpinan instruksional dipercayai dapat dimanfaatkan oleh institusi latihan untuk membentuk pemimpin yang berwibawa manakala penambahbaikan aspek kepuasan kerja guru dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Danielle Foong Chai Yen, & Mohd. Khairuddin Abdullah@Jerry. (2024). ANALISIS PERBANDINGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2788
Issue
Section
Articles