HUBUNGAN ANTARA PENGALAMAN MENGAJAR DAN PERANCANGAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 4
Abstract
Abstrak: Artikel ini merupakan satu kajian tentang hubungan antara pengalaman mengajar dan perancangan pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani tingkatan 4. Kajian ini dijalankan di salah sebuah daerah di negeri Selangor. Seramai 50 orang guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 terlibat sebagai responden. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan pengalaman mengajar dan perancangan pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4. Analisis diskriptif dan inferensi digunakan untuk menjawab soalan kajian. Analisis diskriptif seperti peratus, median dan min. Manakala analisis inferensi adalah Spearman Rho. Hasil daripada analisis statistik, didapati, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan perancangan pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 (r=0.2, p>0.05). Ini menunjukkan bahawa tahap perancangan pengajaran tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4. Walaupun guru itu mempunyai pengalaman mengajar yang lama, namun tahap perancangan pengajaran masih tidak memuaskan. Ini berkemungkinan, guru yang telah lama mengajar mempunyai banyak pengalaman dan tidak perlu membuat perancangan pengajaran dengan memuaskan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Syed Kamaruzaman Syed Ali, Parwazalam Abdul Rauf, & Norkhalid Salimin. (2024). HUBUNGAN ANTARA PENGALAMAN MENGAJAR DAN PERANCANGAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 4. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2810
Issue
Section
Articles