HUBUNGAN ANTARA PRESTASI PELAJAR DENGAN KEKERAPAN PELAJAR UNTUK PEMBELAJARAN KENDIRI: KAJIAN KES BAGI SUBJEK KEJURUTERAAN REKABENTUK MESIN

Authors

  • Mohd Faizal Mat Tahir Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Rasidi Rasani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Kamaliana Khamis Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zambri Harun Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pembelajaran kendiri merupakan salah satu elemen pembelajaran dimana seseorang pelajar memperuntukkan masanya tersendiri bagi tujuan pembelajaran selain daripada masa pembelajaran di kuliah bersama dengan pensyarah. Secara umumnya, mengikut Jam Kredit Notional (Notional Credit Hour) yang dirangka oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) melalui Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), bagi satu jam sesi pertemuan langsung antara pensyarah dan pelajar dalam sesi kuliah, pelajar digalakkan untuk memperuntukkan dua jam tambahan masa pembelajaran kendiri. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara kekerapan keinginan untuk belajar secara kendiri dengan prestasi semasa akademik pelajar. Seramai 58 pelajar yang mendaftar dalam kursus kejuruteraan rekabentuk mesin terlibat dalam kajian ini dengan purata nilai gred keseluruhan mereka pada semester sebelumnya dilihat sebagai penunjuk prestasi. Keputusan kajian ini diharap boleh membantu pihak yang berkaitan terutamanya institusi pengajian tinggi bagi menambahbaik lagi sistem pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan yang lebih kompetatif dan berilmu

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Faizal Mat Tahir, Mohd Rasidi Rasani, Nor Kamaliana Khamis, & Zambri Harun. (2024). HUBUNGAN ANTARA PRESTASI PELAJAR DENGAN KEKERAPAN PELAJAR UNTUK PEMBELAJARAN KENDIRI: KAJIAN KES BAGI SUBJEK KEJURUTERAAN REKABENTUK MESIN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2811