ANALISIS KEPIMPINAN DISTRIBUTIF PENGARAH DAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN PENGAJAR DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) KUCHING SARAWAK.
Abstract
Penjagaan kesihatan yang optimum merupakan agenda utama kerajaan menjelang 2025 dalam Plan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2011-2015. Berdasarkan keutamaan ini penekanan terhadap komitmen organisasi menjadi keutamaan di setiap institusi latihan KKM. Kepimpinan Distributif dilihat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Komitmen Organisasi dalam mengecapi kecemerlangan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap dan hubungan kepemimpinan distributif dan komitmen organisasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching. Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara keratan rentas dan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kepimpinan distributif berada pada tahap sederhana m=3.491, SP=0.605. Manakala, Komitmen organisasi m=3.327,SP=0.51, juga pada tahap yang sederhana. Kepimpinan distributif mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi r= 0.302, p<0.05. Kajian ini diharap dapat menyumbangkan kepada penerapan kepemimpinan distributif dalam meningkatan tahap komitmen organisasi dalam kalangan pengajar dan diharapkan organisasi dapat mencapai kejayaan seiring dengan perubahan semasa dalam bidang penjagaan kesihatan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Baidi Baddiri, & Mohd Khairuddin Abdullah. (2024). ANALISIS KEPIMPINAN DISTRIBUTIF PENGARAH DAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN PENGAJAR DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) KUCHING SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2812
Issue
Section
Articles