KONFLIK PERKAUMAN CINA-MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU: PANDANGAN BERDASARKAN AKHBAR SERUAN RA’AYAT

Authors

  • Mohamed Ali Haniffa Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Ayu Nor Azilah Mohamad syarah di Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor
  • Mohan Rathakrishnan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

Abstract

Artikel ini membicarakan mengenai konflik perkauman di antara Melayu-Cina yang menyebabkan berlakunya ketegangan hubungan kaum. Peristiwa ini terjadi selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Proses penjajahan telah meninggalkan impak negatif khususnya dalam aspek yang melibatkan hubungan kaum. Bahan yang dijadikan sebagai sumber utama dalam perbincangan artikel ini ialah akhbar Seruan Ra’ayat yang hanya merupakan satu-satunya sumber Melayu yang terdapat di Tanah Melayu ketika era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Episod permulaan kepada kemelut ini ialah berpunca daripada corak pemerintahan tentera Jepun yang telah memberi ruang kepada pihak komunis melegitimasikan kuasa dengan melakukan kezaliman khususnya terhadap orang Melayu. Peristiwa dan berita mengenai pergaduhan Melayu-Cina telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar selepas perang. Kajian ini menggunakan sumber akhbar dan kaedah penyelidikan kepustakaan, melibatkan dokumen dan fail. Hasil kajian mendapati bahawa akhbar berperanan sebagai medium perantaraan utama masyarakat ketika perang dalam menyampaikan informasi. Isi kupasan dalam artikel ini wajar dihayati demi membina kehidupan yang lebih harmonis dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamed Ali Haniffa, Ayu Nor Azilah Mohamad, & Mohan Rathakrishnan. (2024). KONFLIK PERKAUMAN CINA-MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU: PANDANGAN BERDASARKAN AKHBAR SERUAN RA’AYAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2816