ADAB-ADAB PENYELIDIK MUSLIM BERDASARKAN SURAH AL-HUJURAT
Abstract
Terdapat dua kontroversi yang mendapat perhatian komuniti penyelidik dalam sejarah etika penyelidikan. Pertama, pelanggaran privasi peserta kajian dalam kajian sosiologi melalui pemerhatian ikut serta oleh Laud Humphreys. Kedua, penderitaan emosi yang dialami sukarelawan kajian disebabkan oleh kajian psikologi makmal Stanley Milgram. Oleh sebab kekhuatiran isu-isu tersebut berulang semula, badan-badan penyelidikan di dunia seperti American Psychological Association (APA) mengemukakan prinsip umum dan kod-kod etika untuk diterapkan oleh para penyelidik dalam penyelidikan. Walau bagaimanapun, dalam tradisi Islam, etika lebih dikenali sebagai adab dan ia bersumberkan sumber berautoriti dalam Islam iaitu al-Qur’an. Oleh itu, artikel ini bertujuan meneliti prinsip asas dan adab-adab penyelidik Muslim yang terdapat dalam al-Qur’an dengan tumpuan kepada Surah al-Hujurat. Hal ini kerana, adab penyelidikan dalam Islam khususnya berasaskan al-Qur’an didapati masih belum dicungkil sepenuhnya. Hasilnya, artikel ini mendapati prinsip tabayyun yang ditekankan dalam Surah al-Hujurat dapat dijadikan prinsip asas dalam penyelidikan Islam dan terdapat empat adab penyelidikan yang dikemukakan. Pertama, penilaian arah tuju berasaskan wahyu; kedua, bersifat adil; ketiga, menjauhi persangkaan dan kemudaratan; dan keempat, bersifat jujur. Implikasinya, penyelidikan yang dilakukan atas dasar keimanan kepada Allah SWT akan menatijahkan kebaikan di dunia dan akhirat. Penerapan adab-adab dalam penyelidikan dapat mencapai matlamat memperoleh kebenaran daripada Allah SWT dan memberi kebaikan kepada masyarakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Syahmir Alias. (2024). ADAB-ADAB PENYELIDIK MUSLIM BERDASARKAN SURAH AL-HUJURAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2818
Issue
Section
Articles