BERGELUT DENGAN TUBUH: PENDEMOKRASIAN KECANTIKAN DAN IDEOLOGI KONSUMERISME DALAM MAJALAH WANITA
Abstract
Pencarian makna kecantikan sudah lama dimulakan oleh pemikir, ahli falsafah, ahli sains dan pengkritik budaya. Menurut mereka, kecantikan cenderung dikaitkan dengan renungan kerana tanpa renungan, kecantikan tidak akan dapat dikenali. Kecantikan fizikal difahami sebagai satu anugerah daripada alam semula jadi dan sebagai satu anugerah, ia tidak dapat dimiliki oleh semua orang dan boleh difahami sebagai ketidakadilan. Dalam dunia kontemporari yang menolak sekeras-kerasnya ketidakadilan, kepentingan industri kecantikan bukanlah satu fenomena yang mengejutkan. Sebagai industri yang berhasrat untuk menyeimbangkan skala kecantikan, pergerakan ini difahami sebagai pendemokrasian kecantikan. Terdapat perkaitan jelas antara ideologi industri kecantikan dan majalah wanita sebagai satu arena yang menjulang kecantikan ideal. Untuk memahami kecantikan wanita dan ideologi yang melingkari konsep pendemokrasian kecantikan, kerangka analisis wacana kritis dan kaedah analisis wacana multimodal diterapkan kepada kandungan majalah wanita berbahasa Melayu. Gabungan kaedah ini mengambil kira aspek teks (visual dan verbal) disamping aspek penghasilan dan penerimaan teks dalam kerangka ideologi institusional dan sosiobudaya. Majalah wanita dan idea tentang kecantikan difahami sebagai hasil masyarakat pengguna kontemporari dengan kesan buruk yang menyumbang kepada perhubungan tidak seimbang antara gender dan pembentukan identiti wanita.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rohizah Halim. (2024). BERGELUT DENGAN TUBUH: PENDEMOKRASIAN KECANTIKAN DAN IDEOLOGI KONSUMERISME DALAM MAJALAH WANITA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2820
Issue
Section
Articles