PENGARUH AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN TERHADAP TINGKAH LAKU KESELAMATAN DALAM KALANGAN GURU

Authors

  • Mohd Nazri Hashim Universiti Utara Malaysia
  • Fadzli Shah Abd Aziz Universiti Utara Malaysia

Abstract

Tingkah laku adalah penentu kepada kelangsungan keselamatan di sekolah. Amalan pengurusan keselamatan mampu mengukuhkan tingkah laku keselamatan di sekolah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh amalan pengurusan keselamatan berteraskan peraturan dan prosedur, komunikasi dan maklum balas, komitmen pengurusan, latihan, penyertaan dan promosi dalam konteks tingkah laku keselamatan. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap guru-guru sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia. Seramai 444 responden dipilih berdasarkan gabungan teknik pensampelan bertujuan dan pensampelan rawak bersistematik. Analisis Partial Least Squares-Structural Equation Modeling (PLS-SEM) digunakan untuk menguji model hipotesis kajian. Hasil analisis mendapati amalan pengurusan keselamatan memberi pengaruh langsung yang signifikan terhadap tingkah laku keselamatan. Kesimpulannya, amalan pengurusan keselamatan dibina berdasarkan elemen berkenaan mampu menjamin kelangsungan keselamatan guru dan murid di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Nazri Hashim, & Fadzli Shah Abd Aziz. (2024). PENGARUH AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN TERHADAP TINGKAH LAKU KESELAMATAN DALAM KALANGAN GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2823