KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN ROBOT PERMAINAN KEPADA MOTIVASI PELAJAR BAGI TOPIK RESPIRASI SEL
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran robot permainan terhadap motivasi pelajar bagi topik respirasi sel. Seramai 474 orang pelajar program satu tahun modul 1&3 matrikulasi KPM melibatkan tiga kolej iaitu Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perlis dan Kolej Matrikulasi Perak terlibat dalam kajian ini. Soal selidik motivasi terhadap bahan pembelajaran yang dibangunkan oleh Keller (1987) digunakan dalam kajian untuk mengukur motivasi pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif bukan tinjauan dengan reka bentuk kuasi-eksperimental yang melibatkan kumpulan rawatan (robot permainan koperatif & robot permainan tidak koperatif) dan kawalan (tradisional). Robot yang dibangunkan menggunakan otak Arduino uno dan proses pengekodan bagi koordinasi robot melalui perisian Scratch for Arduino (S4A). Motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran diukur pada tiga tempoh masa yang berbeza (soal selidik pra, soal selidik pasca1 dan soal selidik pasca 2). Dua ujian statistik digunakan iaitu ujian pengulangan Analysis of variance (ANOVA) serta ujian ANCOVA satu hala pada aras signifikan p<0.05. Hasil analisis menunjukkan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam tiga tempoh masa berdasarkan motivasi dengan nilai p<0.05.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Muhamad Shakir Saad, Sabariah Sharif, & Muralindran Mariappan. (2024). KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN ROBOT PERMAINAN KEPADA MOTIVASI PELAJAR BAGI TOPIK RESPIRASI SEL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2824
Issue
Section
Articles