ANALISI TEKANAN KERJA DAN KOMITMENT ORGANISASI DALAM KALANGAN PENGAJAR DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB)
Abstract
Penjagaan kesihatan yang optimum merupakan agenda utama kerajaan menjelang 2025. Justeru, penekanan terhadap elemen-elemen teras seperti komitmen terhadap Organisasi dan masalah Tekanan Kerja perlu diperkasakan lagi perlaksanaanya memandangkan faktor-faktor ini memberi kesan terhadap kualiti pelatih yang mendapat latihan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Komitmen Organisasi dilihat mempunyai hubungan dan pengaruh yang kuat dan bersifat negatif terhadap Tekanan Kerja. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap dan hubungan di antara Komitmen Organisasi dengan Tekanan Kerja di (KSKB). Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara keratan rentas dan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap komitmen organisasi min =3.327,SP=0.51, berada pada tahap yang sederhana. Manakala, tekanan kerja juga berada pada tahap sederhana dengan nilai skor keseluruhan min=3.467,SP=0.745. Tekanan Kerja mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan Komitmen Organisasi r=-0.245,p=0.04, p<0.05. Kertas ini akan membentangkan latar belakang dan masalah kajian, analisis tentang komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam kalangan pengajar. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran tentang tahap tekanan kerja bagi meningkatan tahap komitmen organisasi dalam kalangan pengajar, seterusnya organisasi dapat mencapai kejayaan seiring dengan perubahan semasa dalam bidang penjagaan kesihatan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Baidi Bin Baddiri, & Mohd Khairuddin Abdullah. (2024). ANALISI TEKANAN KERJA DAN KOMITMENT ORGANISASI DALAM KALANGAN PENGAJAR DI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2826
Issue
Section
Articles