PENGARUH PERSONALITI BIG FIVE KEPADA KESEIMBANGAN KERJA-KEHIDUPAN: PERSPEKTIF GURU
Abstract
Keseimbangan kerja-kehidupan adalah penting bagi setiap orang. Ianya memberikan kesan positif kepada individu dalam bidang kerja dan juga kehidupan peribadi mahupun keluarga. Perbezaan personaliti setiap individu memberikan kesan berbeza keatas keseimbangan kerja-kehidupan mereka. Kajian ini dijalankan bagi memeriksa hubungan di antara personaliti ekstraversi, personaliti kepersetujuan, personaliti kehematan, personaliti neurotisme, dan personaliti keterbukaan para guru keatas keseimbangan kerja-kehidupan mereka. Sebanyak 476 borang soalselidik diedarkan dan pulangan hanya 340, iaitu mewakili 89 peratus maklumbalas. Peratusan maklumbalas tersebut digunakan untuk menguji hubungan di antara personaliti ekstraversi, personaliti kepersetujuan, personaliti kehematan, personaliti neurotisme, dan personaliti keterbukaan ke atas keseimbangan kerja-kehidupan. Analisis Partial Least Squares-Structural Equation Modeling (PLS-SEM) digunakan untuk menguji model kajian. Hasil dapatan analisa mendapati personaliti ekstraversi dan personaliti kehematan para guru mempunyai hubungan yang signifikan ke atas keseimbangan kerja-kehidupan mereka. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini membantu pihak berkaitan dalam memahami aspek keseimbangan kerja-kehidupan para guru di samping menyumbang kepada pengkayaan kesusasteraan berkaitan keseimbangan kerja-kehidupan terutamanya di kalangan pendidik di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Firdaus Zakaria, Norsiah Mat, & Abdul Rahman Abdullah. (2024). PENGARUH PERSONALITI BIG FIVE KEPADA KESEIMBANGAN KERJA-KEHIDUPAN: PERSPEKTIF GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2827
Issue
Section
Articles