GANGGUAN PSIKOSEKSUAL MENURUT BARAT DAN ISLAM: FAKTOR DAN CABARAN DALAM MENANGANINYA MENURUT ISLAM

Authors

  • Ahmad Hisham bin Azizan Universiti Teknologi Mara

Abstract

Psikologi merupakan suatu disiplin ilmu yang sinonim dengan tingkah laku manusia sama ada ianya melibatkan tingkah laku normal manusia ataupun sebaliknya. Artikel ini memberi tumpuan kepada tingkah laku abnormal manuia iaitu masalah gangguan psikoseksual yang masih lagi berterusan akibat tiada cara yang sesuai untuk menanganinya dengan mendalam. Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah pencegahan yang sesuai bagi masalah ini kerana “rawatan†bagi masalah ini bermula dari pencegahan. Artikel ini akan membincangkan tiga aspek utama dalam psikoseksual iaitu konsep, faktor dan cabaran dalam menanganinya. Gangguan psikoseksual bukanlah masalah yang baru dalam kehidupan manusia tetapi artikel ini akan memberi lebih pendedahan kepada bentuk-bentuk perlakuan psikoseksual yang jarang diketahui oleh manusia sebelum ini. Selain penjelasan terhadap faktor, artikel ini turut memfokuskan kepada penggunaan psikoterapi Islam sebagai medium utama dalam menangani gejala psikoseksual yang semakin serius menular dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ahmad Hisham bin Azizan. (2024). GANGGUAN PSIKOSEKSUAL MENURUT BARAT DAN ISLAM: FAKTOR DAN CABARAN DALAM MENANGANINYA MENURUT ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2828